Monday, January 31, 2011

KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) SMK BUKIT RAHMAN PUTRA


VISI
SMK Bukit Rahman Putra Penjana Bangsa Malaysia Bestari

MISI
 Membantu Potensi Murid Melalui Pendidikan Seimbang dan Berkualiti


CARTA ORGANISASI KRK SMK BUKIT RAHMAN PUTRA

PENASIHAT
Pn. Norha bt Hamzah

PENGERUSI
Pn. Sharifah bt Mamat

PENYELARAS
En. Mohd Shah bin Pilus

SETIAUSAHA
Pn. Maisara bt. Mohammad

AHLI JAWATANKUASA
Guru Bimbingan & Kaunseling
Semua guru mata pelajaran kelas KRK



SEJARAH KRK SMK BUKIT RAHMAN PUTRA
 
Kelas Rancangan Khas Sekolah Menengah Bukit Rahman Putra di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,mula ditubuhkan pada  awal tahun 2005. Pendaftaran murid kelas Tingkatan 1 ini dibuka kepada murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun 2004. Kebanyakan muridnya tinggal di persekitaran Sungai Buloh.

Pada tahun 2006 terdapat dua kelas Rancangan Khas dibuka iaitu Tingkatan 1RK seramai 14 murid lelaki dan 12 murid perempuan yang berjumlah 26 orang murid.Manakala  kelas Tingkatan 2RK pula seramai 17 murid lelaki dan 14 murid perempuan yang berjumlah 31 orang murid.Pada tahun 2009 terdapat 5 buah kelas dibuka dan berkembang kepada 6 kelas pada tahun 2010 dengan jumlah murid seramai 133 orang.  Pada tahun 2011 masih terdapat 6 buah Kelas Rancangan Khas dengan jumlah murid seramai 150 orang murid.
      



KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR
KELAS RANCANGAN KHAS 2007 HINGGA 2010

MENGIKUT BILANGAN CALON STRAIGHT A`S