Wednesday, September 18, 2013

Permohonan Kemasukan SBP 2014

logo-SBP




Permohonan Kemasukan SBP 2014 Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan 4 secara Online. Menerusi kenyataan rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia, permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.
Cara Permohonan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online
Permohonan secara online akan dibuka mulai 1 September 2013 di laman http://public.moe.gov.my/ ATAU http://www.moe.gov.my/

SBP-2014


Sumber: Permohonan Kemasukan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online | melvister.com 





PERMOHONAN KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK SESI 2014






Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web: www.moe.gov.my pada ruang e-perkhidmatan mulai 17 SEPTEMBER 2013. Asas permohonan adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2013. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web: www.moe.gov.my/bptv.
Tarikh tututp permohonan 25 DISEMBER 2013



PMR 2013 menjelang tiba...



Assalamualaikum dan salam satu malaysia.
Kesibukan dengan tugas dan segalanya menyebabkan agak kurang untuk mengupdate blog.Pejam celik pejam celik PMR 2013 semakin hampir.  Harapan dan doa saya moga semua murid sudah bersedia dan lulus dengan cemerlang dalam PMR nanti.


Peperiksaan merupakan perkataan yang amat sinonim dengan pelajar. Meskipun pelajar tingkatan 3 telah tamat peperiksaan percubaan PMR dan masih menunggu peratusan markah daripada guru subjek dan sedang bertungkus lumus dengan pelbagai program yang telah disediakan oleh pihak sekolah, pelajar SMK Bukit Rahman Putra.tidak leka dan terus datang bertanya guru di sekolah apabila terdapat kemusykilan untuk menulis jawapan dalam semua soalan latihtubi yang dibuat pada hujung minggu. Tahniah kepada pelajar yang terus mengambil langkah bijak ini tanpa perlu diarah oleh guru masing-masing bagi melengkapkan diri menghadapi peperiksaan PMR yang akan menjelang kurang dari 2 minggu ini.
Berikut merupakan beberapa persiapan kendiri menjelang peperiksaan PMR yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar terutamanya calon PMR SMK Bukit Rahman Putra 2013.

Persediaan Fizikal
1. Tidur yang cukup (sekitar 6-7 jam sehari), tidur berlebihan juga tidak baik. Elakkan tidur antara asar dan maghrib, yang mana boleh menjejaskan kesihatan mental.
2. Makan makanan berkhasiat. Pemakanan tambahan untuk minda juga amat baik seperti kismis, kurma, termasuk air bersih/mineral secukupnya (6-8 gelas sehari)
3. Elakkan kegiatan lasak dan merbahaya bagi mengurangkan risiko kemalangan dan keletihan termasuk sukan lasak.
4. Beriadah sekadar mengeluarkan peluh, cukup dengan 2-3 kali seminggu. Kurangkan masa bersukan ke tahap yang paling minimum sehingga selesai peperiksaan.
5. Ulangkaji semua topik berkaitan dengan terancang. Bahagikan masa secukupnya untuk setiap mata pelajaran sehingga hari peperiksaan. Rujuk jadual peperiksaan bagi membantu keberkesanan perancangan.
6. Jangan bergantung kepada soalan ramalan. Sebaliknya perlu melakukan latih tubi menggunakan soalan ramalan dan soalan tahun-tahun lepas bagi membiasakan dengan bentuk soalan dan anggaran masa menjawab soalan.

Persediaan Mental
1. Yakin dan gembira untuk menghadapi peperiksaan dengan semestinya telah melakukan persediaan awal untuk mendapat keyakinan diri yang maksimum.
2. Jauhi fikiran negatif tentang peperiksaan yang akan diduduki; contohnya mengelakkan jangkaan dan bayangan bahawa soalan peperiksaan yang bakal dihadapi susah dan berfikiran bahawa sijil PMR tidak penting atau seumpamanya.

Persediaan Emosi
1. Elakkan berlakunya konflik samada dengan rakan atau sesiapa sahaja. Jangan terlalu melayan perasaan yang negatif dan jangan mudah ambil hati atau kecewa.
2. Kurangkan komunikasi dan aktiviti sosial seperti menggunakan telefon dan melayari facebook dengan keterlaluan kerana adalah penting memberi tumpuan kepada persediaan peperiksaan yang berkesan.
Persediaan Rohani
1. Solat hajat, sentiasa mendahuluinya dengan solat taubat. Dilakukan oleh pelajar sendiri dan semoga mereka lebih berusaha dengan pengharapan yang lebih kepada Allah s.w.t.
2. Mendekatkan diri kepada Allah, menjauhi maksiat dan berdoa kepada Allah s.w.t
3. Mentaati dan menghormati ibu bapa
4. Bertawakkal kepada Allah s.w.t

Tips Di Dewan Peperiksaan.
1. Datang awal ke dewan peperiksaan.
2. Memasuki dewan peperiksaan dengan kaki kanan dan  penuh yakin
3. Baca soalan yang dikemukakan dengan teliti
4. Menjawab semua soalan yang terdapat pada kertas soalan. Jangan biarkan ada soalan yang tidak dijawab.
5. Tinggalkan sementara soalan yang susah dengan menanda soalan tersebut dan kembali menjawab selepas menjawab soalan-soalan yang mudah
6. Semak jawapan sehingga pasti yakin atau sehingga habis masa yang diperuntukkan
7. Jangan keluar awal dari dewan peperiksaan, gunakan masa yang ada untuk semakan.
Langkah yang seribu bermula dengan langkah pertama. Sekurang-kurangnya keputusan peperiksaan PMR dapat membuka peluang yang lebih luas untuk pemilihan bidang pengajian dengan lebih tepat berdasarkan potensi dan minat pelajar demi kejayaan masa depan yang lebih cemerlang.
Justeru, warga SMK Bukit Rahman Putra dan pihak ibu bapa juga perlu menunjukkan sokongan padu kepada anak-anak terutamanya warga pelajar SMK Bukit Rahman Putra ini dan semoga pelajar harapan bangsa ini akan menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya kelak. Antara sokongan ibu bapa yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut:

Sokongan Ibu Bapa
1. Beri kerjasama kepada anak anda (calon peperiksaan) dengan mengelakkan mereka daripada menerima sebarang tekanan. Segera membantu mereka mengawal tekanan jika ada, sehingga tamat peperiksaan.
2. Jangan jemu memberi dorongan dan keyakinan diri menghadapi peperiksaan sehingga hari terakhir peperiksaan yang diduduki.
3.Temani mereka mengulangkaji dan membuat latihan di saat akhir sekiranya perlu meskipun terdapat sesetengah pelajar yang lebih suka mengulangkaji secara bersendirian.
4. Sediakan keperluan peperiksaan secukupnya seperti pen, pensil, pemadam, pembaris dan sebagainya.
5. Iringi peperiksaan anak anda dengan doa yang ikhlas untuk mencapai kejayaan.


Berjumpa anda di puncak kejayaan