1. Apa itu SPPK/SPK?
SPPK ialah satu system pentaksiran pendidikan yang
merangkumi pentaksiran yang dikendali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan
dan pentaksiran yang dikendali oleh sekolah.
2. Apa itu PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan
dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan
oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran
Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
Psikometrik.
3. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana
pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja
rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini
merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan
memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi.
4. Apakah perbezaan antara SPPK dengan pentaksiran
sedia ada?
Pentaksiran sedia ada
|
SPPK
|
||
Pentaksiran sekolah(PS)
|
Pencapaian murid tidak direkodkan
|
Pentaksiran sekolah
|
Pencapaian murid direkodkan
|
Pentaksiran pusat(PpP)
|
PLBS untuk matapelajaran Bahasa
|
Pentaksiran sekolah
|
Semua matapelajaran mempunyai komponen pentaksiran
|
PEKA untuk matapelajaran Sains di jalankan dan
pencapaian murid direkodkan
|
Pusat dan pencapaian murid direkodkan
|
||
Tiada Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan
kokurikulum (PAJSK)
|
Tiada pentaksiran ini
|
Ada PAJSK
|
Pencapaian murid direkodkan
|
Pentaksiran Psikometrik (pPSI)
|
Ada dalam komponen pentaksiran sekarang
|
pPSI dijalankan pada dua tahap iaitu tahun 3 dan
tahun 6
|
Ada dalam komponen SPPK
|
Peperiksaan Pusat (PP)
|
Ada dalam komponen pentaksiran sekarang.Wajaran
adalah 100%
|
Ada dalam komponen SPPK.Tetapi untuk matapelajaran
TERAS.Wajaran 60%
|
40% merangkumi PS,PAJSK dan PP
|
SPPK bersifat holistic,system ini mentaksir aspek
jasmani,emosi,rohani dan intelek(JERI).PBS member penekanan kepada kesemua
aspek JERI.Ia akan mentaksir proses dan produk iaitu mengamal konsep assessment
for learning dan assessment of leaning.PBS terdiri daripada empat komponen
iaitu Pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan
dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.Kesemua komponen ini ditadbir
disekolah.
5. Apakah komponen PBS?
PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran
pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum
dan pentaksiran psikometrik.
6. Apakah PBS akan menambah beban tugas guru?
Pihak LP telah menyediakan dua system aplikasi untuk
membantu guru-guru.
7. Kenapa PBS dilaksana? Kenapa sekarang?
Seiring dengan program transformasi negara untuk
menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.
8. Bila PBS mula dilaksanakan?
Mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016.
Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014.
9. Apakah asas pemilihan murid untuk kemasukan ke
sekolah berasrama penuh?
Ujian khas kemasukan ke asrama penuh akan diperkenalkan
dan akan diuruskan oleh Bahagian-bahagian KPM yang berkenaan.
10. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat
dilaksanakan?
Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman
di kalangan pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama
Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik
pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir,
kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah
pemberian skor.
Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan
memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang
ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari
segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk
tujuan memperbaiki program Pentaksiran Pusat.
Penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian
skor kepada konstruk yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah
untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan
tersebut. Sesi penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan
akan diwakili oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.
11. Apakah peranan Pentaksiran Psikometrik?
Maklumat yang bersifat akademik dan peribadi
diperlukan untuk membantu pembelajaran murid.
Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini
dengan mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang
memperihalkan kepelbagaian ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi
panduan kepada ibu bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya
pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan
mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan dimanfaat
manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.
Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula
jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada
pengalaman dan persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan
kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
12. Apakah standard kurikulum?
Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu
dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR:
- standard kurikulum terdiri daripada standard
kandungan dan standard pembelajaran
- standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu,
faham dan boleh buat
- standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu
belajar dan boleh dilihat melaui tingkah laku
13. Apakah standard prestasi?
- standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan
kualiti kerja murid
- standard prestasi memberi makna kepada band yang
dicapai murid
14. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru
dipercayai?
Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk
mentaksir murid masing-masing kerana mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh member maklum balas yang membina untuk
penambahbaikan pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan
persekitaran dan perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan
standard prestasi
15. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakn
PBS?
Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai
asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberikan pendedahan semula
tentang pentaksiran berasaskan sekolah.
16. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas
mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?
Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui
system aplikasi pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.Sistem ini juga
menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5
(life-time data base)
17. Apakah nilai UPSR dan PMR?
UPSR dan PMR dalam SPPK masih tetap bernilai dari segi
pembentukan modal insane yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana
pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.
18. Adakah guru menggunakan standard dalam
kurikulum atau standard prestasi untuk mengajar?
Guru hendaklah menggunakan standard dalam kurikulum
untuk mengajar manakala menggunakan standard prestasi untuk mentaksir.
19. Bagaimana ibu bapa boleh memahami laporan yang
disediakan?
Guru akan menerangkan perkembangan anak mereka
berdasarkan evidens dan deskriptor dalam portfolio anak masing-masing. Laporan
adalah berbentuk diskriptif.
20. Bagaimana PBS akan dilaksanakan jika kemudahan
komputer dan internet tiada di sekolah?
Sistem akan desediakan dalam bentuk standalone dan
data dihantar dalam bentuk text file dalam CD.
21. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk
murid?
Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi
boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang
perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.
Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid
tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang
memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa
hadapan.
22. Apakah nilai PBS kepada murid-murid aliran
agama?
Kerangka standard prestasi merangkumi penguasaan
pengetahuan,kemahiran dan pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran
dilakukan untuk melihat perkembangan semua aspek pembangunan insan yang selama
ini tidak ditaksir.
23. Apakah PMR akan digunakan sebagai indikator
untuk pemilihan aliran di peringkat menengah atas?
Lima komponen pentaksiran dalam SPPK dapat memberi
kepelbagaian maklumat secara komprehensif bagi membantu murid membuat pemilihan
aliran yang lebig tepat.
24. Adakah PBS mengambil kira murid berkeperluan
khas dalam pelaksanaannya?
PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan
menyediakan kaedah dan instrument pentaksiran yang sesuai dengan mereka.
25. Apakah peranan PAJSK dalam PBS?
PAJSK membekalkan maklumat sebagai pelengkap kepada
kemenjadian murid yang seimbang dan harmonis, pencapaian, penglibatan dan
penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum
diambil kira sebagai sebahagia daripada wajaran 40% PBS untuk UPSR.