Thursday, March 31, 2011


PROGRAM KEM KEPIMPINAN MURID KRK 2011

TARIKH  : 21,22 DAN 23 APRIL 2011
MASA    : 3D2N
TEMPAT  : NUR LAMAN KASIH BESTARI ECO-RESORT,ULU YAM
YURAN   : RM125.00


Nur Laman Bestari (NLB) merupakan Eco-Resort terbaru dibangunkan pada Mei 2009. NLB terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, berhampiran Ulu Yam yang terkenal sebagai tempat perkelahan dan mandi-manda dengan kehijauan hutan dan sungainya yang masih terpelihara.
Perjalanan dengan menaiki kereta mengambil masa hanya 15 minit dari Batu Caves Selangor menjadikan NLB lokasi yang stategik untuk aktiviti riadah berminda melalui aktiviti permainan, bina pasukan, motivasi dengan alam semulajadi dan suasana kesegaran flora dan fauna yang menjanjikan kelainan kepada para pengunjungnya.

                                                Sebarang pertanyaan hubungi :

NUR LAMAN BESTARI Training Camp & Eco Resort
(Perkampungan Latihan dan Rekreasi)
Hutan Lipur Sungai Tua,
Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves,
68100 Selangor
Tel : 03 7728 6095 / 03 9021 7367
Fax : 03 7727 8739
H/p: 019-312 4678 (Ibrahim) / 013-388 3966 (Faizal) / 017-273 7123 (Asraf)
Email : nurecoresort@gmail.com / nur.laman.bestari@gmail.com

 

Sunday, March 6, 2011

Teknik Belajar Nur Amalina

MENGINGATI PELAJARAN
“Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran .Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan.Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji.” BAGAIMANA MENGUASAI KESEMUA MATAPELAJARAN? “Daripada sepuluh matapelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu,hanya satu matapelajaran,iaitu Prisip Akaun,saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya.Yang lain,saya belajar sendiri di rumah.Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan.” TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA


Buat nota ringkas Lukis peta minda apabila mengulangkaji @ mempelajari tajuk baru Wujudkan kata kunci Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa Buat latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati. Ulangkaji di rumah secara berterusan. TIP MENGUAT INGATAN Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Berfikiran positif. Fikir perkara berf.aedah saja Elak berfikir perkara yang memesong & merosakkan minda. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan & makanan segera. Jangan minum minuman bergas.

MENGHAFAL @ MEMAHAMI 
Ramai orang yang silap anggap.Saya tidak pernah menghafal matapelajaran membabi buta .Waktu mengulangkaji saya memahami sesuatu konsep itu terlebih dahulu.Faham lebih penting. “Saya memahami konsep & idea sesuatu topik.Apabila telah faham mudahlah untuk ingat.Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu.”

LANGKAH MENGULANGKAJI Semak sekali lalu bab yang hendak di ulangkaji. Baca tajuk besar terlebih dahulu. Baca tajuk kecil. Teliti & cuba fahami gambar,gambarajah,ilustrasi & jadual yang tertera dalam bab tersebut. Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk,teliti isinya secara detail. Tandakan isi-isi penting dengan ‘highlighter’ di buku teks @ saya buat peta minda dalam buku nota khas. Cari @ reka sendiri kata kunci. Pada masa yang sama mengingat. Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan.

KAEDAH MEMAHAMI Fahami sesuatu konsep secara menyeluruh. Setelah faham barulah mudah mengingat data @ menghafal. Hafal membutu tuli belum tentu dapat @ faham. Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda. Minda hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang di pelajari.


STUDY HARD @ STUDY SMART?
Study Hard menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study Smart pula memahami sesuatu topik dengan pantas & selebihnya menggunakan minda untuk memberikan hujah & penjelasan. Study Hard & Study Smart sama penting. Kalau bolah kita hendaklah study hard dan study snart! ‘Dan’ BUKAN ‘atau’. Jangan belajar last minute.
Belajar last minute menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain.Kalau anada belajar & mengulangkaji awal,anda mempunyai masa yang panjang & selesa untuk study smart.Bagaimanapun korbankan benyak masa jika anda mahu cemerlang.Minta bantuan guru apaapa yang tidak difahami.
TETAPKAN TEKNIK BELAJAR. “Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan.Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan didalam peperiksaan dengan senang & mendapat keputusan yang cemerlang.” PERANAN SOALAN RAMALAN & SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS “Soalan ramalan biasanya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern & kekerapan sesuatu topik itu keluar.
Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting.Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat.Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.” “Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar.Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan.Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan.”


PENTINGNYA STUDY GROUP
“Di sekolah,saya ada study group sendiri.Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji & berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas.Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin,di taman,@ di pusat sumber.

“Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat & perbincangan yang mantap.Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam.Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik.” “Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami .

Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain.” “Suatu perkara yang kami sentiasa pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan & tidak terlalu banyak bermain & ketawa .ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak di capai di dalam jangka masa yang di tetapkan.”

PERANAN NOTA
- Paling banyak membantu pembelajaran,jadi beri keutamaan.
- Mengelakkan membaca buku teks yang tebal
- Mengukuhkan kefahaman.
- Pembelajaran yang cepat & tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja.
- Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan.
- Mudah menghubungkaitkan sesuatu peristiwa dengan yang lain.
- Ketika menyediakan nota,bina kata kunci & hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain.
- Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei @ menjawab soalan peperiksaan.
-

PERANAN PETA MINDA

“Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan.Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan kepada anda supaya berkesan.Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar @ mengulangkaji untuk memahami urutan,proses @ peristiwa “Membina peta minda mengelakkan anda daripada mengantuk.Gunakan warna @ dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian keika belajar.Ini akan merangsangkan otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat.” “Ketika mengulangkaji pula,peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas,padat & mengikut turutan @ aliran .Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan.

MENGULANGKAJI
“Semua pelajar perlu mengulangkaji pelajaran.Pelajaran hendaklah diulangkaji sebelum 24 jam berlalu.Jika dilewatkan lebih daripada itu, 80% daripada bahan yang dipelajari di dalam kelas akan hilang @ lupa.Gunakan masa pada sebelah petang & malam untuk mengulangkaji hingga selesai. “Untuk menghadapi peperiksaan ,ulangkaji harus dimulakan lebih awal untuk mengelakkan kesibukan di saat-saat akhir.

HARI SABTU & AHADHari Sabtu & Ahad hendaklah digunakan untuk mengulangkaji dan menyelesaikan topik yang dipelajari dalam masa seminggu yang berlalu.Pastikan mana topik yang susah dan yang belum difahami supaya boleh bertanya kepada guru apabila sekolah dibuka pada hari Isnin. Di sampimg itu,gunakan juga masa hujung minggu untuk membaca topik yang akan dipelajari pada minggu depan sepintas lalu.

FUNGSI ULANGKAJI
Memantapkan ingatan
Mengukuhkan kefahaman
Menambahkan keyakinan
Memberi latih tubi kepada minda
Memenuhi aktiviti belajar dengan aktif Siapkan semua kerja rumah terlebih dahulu Buat kerja rumah dengan cepat & jangan bermalas-malas. Banyak buat latihan Ulangkaji apa yang telah diajar oleh guru pada hari yang sama. Ulangkaji secara berterusan supaya tidak mudah lupa. Guna masa ‘prime time’ untuk ulangkaji matapelajaran yang susah. Gerakerja yang aktif dilakukan apabila letih belajar.

KAEDAH MENGULANGKAJI YANG BERKESAN
GERAKERJA AKTIF KETIKA MENGULANGKAJI
Membaca dengan kuat,tetapi jangan sampai mengganggu orang lain. Dapatkan sumber bacaan seperti dari sumber IT @ VCD @ Internet. Cari bahan tambahan dari majalah @ ensiklopedia. Adakan Study Group. Adakan kuiz dengan kawan-kawan. Pindahkan bahan ulangkaji dari teks kepada gambarajah,lukisan,jadual,@ carta aliran. Bahan pelajaran dijadikan poster & tampal di dinding.

PENGURUSAN MASA
Masa yang efektif adalah suatu perkara yang selalu dibincangkan.Ramai orang menganggap bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi.Sebenarnya ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya,peruntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak.Cuba kita lihat tokoh-tokoh dalam bidang masing-masing.Semuanya adalah manusia dan diperuntukkan masa sama dengan kita.

Jadual harian adalah termasuk:
• Membaca buku atau mengulangkaji
• Bermain atau beriadah
• Menonton televisyen
• Menyelesaikan kerja sekolah
• Membantu ibu & ayah
• Menziarahi rumah kawan

Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti dan perlakuan itu berlaku.Ianya perlukan disiplin yang jitu daripada kita.Perkara ini bukan perkara remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas & ianya mesti dipaatuhi. Selalunya kita mendengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-seolah kita tidak mendapat apa-apa dari pembelajaran tersebut.Berbeza kadang-kadang kita belajar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan yang cemerlang.Perbezaan antara individu ini adalah kualiti masa yang digunakan.Oleh sebab itu pentingnya kita memberi perhatian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa & kualiti masa yang anda gunakan.

10 Langkah mewujudkan kejakinan diri

Berikut merupakan 10 langkah ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri: 

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah sama seperti orang lain. 
2. Orang lain boleh buat,kenapa anda tidak boleh buat? 
3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda & baikinya. 
4. Jangan takut-takut @ teragak-agak untuk melakukan perkara yang positif. 
5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. 
6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan,ianya sebagai warm up mengaktifkan diri seseorang. 
7. Kemas diri & anggapkan diri anda adalah yang terbaik pada hari itu. 
8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka & mata orang yang kita sedang berinteraksi dengan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu.Jangan terlalu kaku. 
9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasil yang akan dapat selepas tugas tersebut. 
10. Sentiasa peka terhadap waktu,jangan berlengah-lengah @ bertngguh dalam melaksanakan suatu tugas.

INSYAALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA! SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!