Tuesday, June 5, 2012

Kem Kecemerlangan Murid KRK 2012

Salam sejahtera, salam 1Malaysia...




Alhamdulillah, sudah genap sebln xtvt ini berjalan,baru kini sempat update entry. 
Pada 1hb ~3hb Mei 2012 saya bersama beberapa org guru telah membawa 83org pelajar ke Raudah Camp ,Pulau Pangkor utk xtvt KRK utk tahun ini.  Program Kecemerlangan Murid Kelas Rancangan Khas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid KRK untuk melihat dan mengalami secara terus suasana dan aktiviti–aktiviti yang dilakukan di samping dapat mengeratkan silaturrahim dengan murid-murid KRK  SMK Bukit Rahman Putra. Seterusnya lawatan ini akan memotivasikan murid-murid KRK dan berasa bangga kerana mereka adalah sebahagian daripada program Kelas Rancangan Khas ini.

Selain itu, murid-murid juga akan diberi motivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR yang akan mereka hadapi. Di samping itu guru-guru yang terlibat akan memberi ceramah tentang teknik menjawab soalan dalam subjek terpilih.

Program ini akan dapat menerapkan nilai-nilai kepimpinan, tanggungjawab, bekerjasama, disiplin dan lain-lain sikap positif yang signifikan dalam tindak tanduk secara kolektif. Menjayakan kegiatan dalam mana interaksi sosial adalah pada tahap maksima, semangat ‘Espirit De Corp’ perlu mendapat tempat yang utama. Demi menjaga keharmonian lawatan ini, para murid perlukan kemahiran interpersonal, bersikap tolak ansur dan tolenrasi yang tinggi. Kejayaan akan bersama kita. InsyaAllah.
Berkumpul sebelum bertolak ke Raudah Camp


pemandangan sepanjang perjalanan

tiba di jeti pulau pangkor

menaiki feri ke pulau pangkor

ready for 1st xtvt ~night walk





keadaan agak cemas apabila diserang oleh sang pacat
























lawatan ke tempat bersejarah

No comments:

Post a Comment